Friday, December 18, 2009

**New Semester..**

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah.. sem ni segalanya bermula dgn baik sekali, walaupun ada sesetengah perkara yang saya tak berapa selesa.. antaranya ialah bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas yang agak sempit.. tapi tidak mengapa kerana saya telah mengalaminya sem lepas, huhuhu.. dan saya serta roommates saya juga telah disaman kerana kipas di bilik kami tidak dibersihkan sebelum cuti arituh, huhuhu.. terbang 50 ringgit….


Tekanan sudah mulai terasa pada sem ini apabila pensyarah telah memberikan kami kerja2 yang banyak, huhuhu.. tapi ini satu permulaan yng baik agar saya tak terleka.. saya juga kembali aktif pada sem ini apabila menyertai pertandingan kawad kaki dan lempar cakera untuk USC 09 (University Sport Carnival 2009).. walaupun sebenarnya saya tak berlatih ape2 pun untuk lempar cakera tu.. (uwaaaaaaa!! Makkk!! Cmne niiii!! )


Persiapan untuk pertandingan kawad kaki sedang dilakukan.. saya berbangga dgn marcher2 mahallah ameenah apabila mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan kejuaraan pertandingan kawad kaki yg telah berjaya digondol oleh senior2 kami.. (saya dah tengok video dorang marching last USC, mmg smart giler! Huhu) terasa rendah diri pulak apabila membandingankan pasukan kami dgn pasukan yang lepas huhu.. tapi tidak mengapa, kerana kami akan cuba sehabis baik! :D mereka kate, pasukan sem lepas ramai budak2 wataniah, tu yg smart je dorang buat.. tapi tu bukan alasan untuk menidakkan usaha kami yg sedang bekerja keras utk mempertahankan kejuaraan tersebut.. hehehe (skema giler :p)..


Saya juga telah memohon Ummatic Scholarship (biasiswa UIA) pada sem ini.. hari interview untuk biasiswa tersebut jatuh pada hari saya akan menyertai pertandingan kawad kaki.. (kawad kaki mlm, interview siang).. Two big events in a day, huhuhu.. saya tidak meletakkan harapan yang tinggi pun untuk biasiswa ini.. Mak kate, tkpe, pergi je interview itu untuk pengalaman. Sasaran utama saya adalah biasiswa KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia).. mohon sahaja dulu, hehe..


Ermm, oklah, sampai di sini sahaja coretan saya kali ini.. any new updates ill inform later k! ahaks! :p siapa je la yang nk tahu perkembangan saya kan? Hehehe.. :P


Disc throw – 19th disember 2009


Scholarship interview- 23rd Disember 2009


Marching competition- 23rd Disember 2009


~to be pointed out with the finger~

5 comments:

  1. ada rezeki....insya allah ko memnag sumanya..hehe

    ReplyDelete
  2. Rupanya sibuk dengan pertandingan kawat kaki.Selamat bertanding dan moga berjaya. Semoga dapat juga biasiswa yang diharapkan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,nak tanya camne,dpt ke biasiswa tu? Jeng jeng, moga2 berita gembira dapat

    ReplyDelete