Friday, December 18, 2009

**New Semester..**

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah.. sem ni segalanya bermula dgn baik sekali, walaupun ada sesetengah perkara yang saya tak berapa selesa.. antaranya ialah bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas yang agak sempit.. tapi tidak mengapa kerana saya telah mengalaminya sem lepas, huhuhu.. dan saya serta roommates saya juga telah disaman kerana kipas di bilik kami tidak dibersihkan sebelum cuti arituh, huhuhu.. terbang 50 ringgit….


Tekanan sudah mulai terasa pada sem ini apabila pensyarah telah memberikan kami kerja2 yang banyak, huhuhu.. tapi ini satu permulaan yng baik agar saya tak terleka.. saya juga kembali aktif pada sem ini apabila menyertai pertandingan kawad kaki dan lempar cakera untuk USC 09 (University Sport Carnival 2009).. walaupun sebenarnya saya tak berlatih ape2 pun untuk lempar cakera tu.. (uwaaaaaaa!! Makkk!! Cmne niiii!! )


Persiapan untuk pertandingan kawad kaki sedang dilakukan.. saya berbangga dgn marcher2 mahallah ameenah apabila mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan kejuaraan pertandingan kawad kaki yg telah berjaya digondol oleh senior2 kami.. (saya dah tengok video dorang marching last USC, mmg smart giler! Huhu) terasa rendah diri pulak apabila membandingankan pasukan kami dgn pasukan yang lepas huhu.. tapi tidak mengapa, kerana kami akan cuba sehabis baik! :D mereka kate, pasukan sem lepas ramai budak2 wataniah, tu yg smart je dorang buat.. tapi tu bukan alasan untuk menidakkan usaha kami yg sedang bekerja keras utk mempertahankan kejuaraan tersebut.. hehehe (skema giler :p)..


Saya juga telah memohon Ummatic Scholarship (biasiswa UIA) pada sem ini.. hari interview untuk biasiswa tersebut jatuh pada hari saya akan menyertai pertandingan kawad kaki.. (kawad kaki mlm, interview siang).. Two big events in a day, huhuhu.. saya tidak meletakkan harapan yang tinggi pun untuk biasiswa ini.. Mak kate, tkpe, pergi je interview itu untuk pengalaman. Sasaran utama saya adalah biasiswa KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia).. mohon sahaja dulu, hehe..


Ermm, oklah, sampai di sini sahaja coretan saya kali ini.. any new updates ill inform later k! ahaks! :p siapa je la yang nk tahu perkembangan saya kan? Hehehe.. :P


Disc throw – 19th disember 2009


Scholarship interview- 23rd Disember 2009


Marching competition- 23rd Disember 2009


~to be pointed out with the finger~

Wednesday, December 2, 2009

ReSuLt- Alhamdulillah :)

Assalamualaikum wbt..


Dah lama tak update blog ni sejak cuti kan, huhuhu..

Nak naik sem ni baru ade mood sikit nak update.. :)

Waktu cuti saya banyak habiskan masa di kampung, Johor..

Ok, lupakan saja kisah cuti saya..

Semalam, saya check result exam.. Alhamdulillah.. walaupun saya sendiri pun terkejut dengan result saya tu..

Yela, selepas macam2 yang berlaku pada saya sem tu, keputusan tu boleh dibanggakan, alhamdulillah..

Walaupun tk dpt dean’s list sbb tak cukup credit hour, uwaaaaaaa :( tapi Alhamdulillah la ssb result tu boleh digunakan untuk memohon biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia next sem.. :D

Hasil tu juga berkat doa family saya, hasil ajaran lecturer2 saya, group discussion ngan roommates dan classmates saya, moral support dari semua org termasuk kawan2 chat saya.. thanks a lot guyz! Luv u all..

Sesuatu kejayaan takkan berlaku tanpa keazaman.. ia juga hasil prinsip saya yg mengutamakn pelajaran dari yang lain.. peringatan untuk diri saya pada sem depan juga huhuhu..

Dan tidak dilupakan juga, doa :)

Last but not least, inspirasi saya.. walaupun dia dah tiada lagi,(dh mati ke dia? Huhuhu) tapi dia tetap hidup di hati saya sampai bila2 sebagai inspirasi saya dalam bidang pelajaran..:)

Saya: chaiyok2 next sem! :D


softboard sy yg bersepah.. tkde mende pun, hahaha.. :p